JAGUH basikal trek negara, Azizulhasni Awang selepas beraksi dalam acara akhir Keirin Lelaki dalam Sukan Komanwel 2018 di Anna Meares Velodrome, Brisbane, Australia, April lalu. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

Itu juga adalah pingat emas pertama dimenangi oleh Azizulhasni di pentas luar negara sejak memenangi acara keirin dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek di Hong Kong, tahun lepas.

Dalam saingan di Velodrome Taiyuan itu, Azizulhasni berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, Xu Chao yang meraih pingat perak manakala gangsa milik seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. - UTUSAN ONLINE