Sebaliknya pelumba profesional berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu itu akan berlumba atas nama pasukan kebangsaan Malaysia yang bernaung di bawah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab yang mengesahkan perkara itu berkata, pihak­nya telah menerima surat permohonan daripada Azizulhasni yang tidak mahu lagi bernaung di bawah CIMB Pro Cycling be­­-
r­i­kutan timbul dakwaan berlaku konflik antaranya dengan pihak yang menguruskan wang penajaannya.

“PKBM telah menerima surat daripada Azizulhasni yang memaklumkan bahawa dia mahu berlumba atas nama pelumba kebangsaan Malaysia dan bukan lagi pelumba pasukan CIMB Pro Cycling dalam siri perlumbaan Piala Dunia Trek musim ini.

“Kami di pihak persatuan tiada halangan untuk meluluskannya kerana sebagai pelumba trek terbaik negara, PKBM sentiasa menyokong Azizulhasni terutama dalam usaha untuk membantunya layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Kesemua lima siri perlumbaan Piala Dunia Trek yang diadakan setiap tahun memang khusus digunakan untuk meraih sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri secara merit ke Olimpik. Biar apa pun Azizulhasni kutuk persatuan sebelum ini, kami tidak pernah berhenti untuk membantu­nya,” kata Abu Samah ketika dihubungi hari ini.

Kenyataan Abu Samah itu sekali gus mengesahkan Azizulhasni adalah mangsa yang dimaksudkan Mat Sport dalam kolum yang disiarkan Utusan Malaysia pada 3 Oktober lalu yang menyebut seorang atlet terkenal dipercayai diperdaya hampir RM1 juta wang hadiah kemenangan dan perbelanjaan yang disediakan pihak penaja.

Abu Samah walau bagaimana­pun menegaskan bahawa PKBM tidak berhasrat untuk ambil tahu mengenai kerenggangan hubu­ngan Azizulhasni dan pihak pe­ngurusannya, sebaliknya menye­rahkan kepada CIMB untuk memberi penjelasan dan menyelesaikannya.

“Di pihak PKBM, kami tidak mahu isu ini boleh menjejaskan peluang dan tumpuan Azizulhasni ke Olimpik 2020. Saya harap masalah wang penajaan ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan segera,” tegasnya.

Mengiringi Azizulhasni ke Siri 1 Piala Dunia Trek di Perancis itu adalah Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd. Zonis yang akan bergandi­ngan dalam acara pecut berpasukan selain keirin dan 200 meter pecut.

Acara pecut berpasukan adalah satu lagi cara untuk Azizulhasni meraih mata untuk layak secara merit dan automatik ke Olimpik selain menerusi acara individu seperti keirin dan 200 meter pecut menggunakan platform Siri Piala Dunia Trek dan kejohanan dunia setiap tahun.