Pengarah Eksekutif LPT2 Sdn. Bhd, Datuk Azman Ismail berkata, acara berbentuk sukan dan riadah ini turut bertujuan mempromosikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing sebagai salah satu hentian tumpuan rehat di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

De’ Perasing [email protected] mengetengahkan tiga kategori iaitu Road Bike sejauh 90 kilometer, Mountain Bike sejauh 50 kilometer dan VIP Ride (Fun Ride) sejauh 5 kilometer.

“Pelepasan peserta disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada pukul 7.30 pagi tadi,” ujar beliau di tapak pelepasan.

Menurut beliau, kategori Road Bike disertai oleh kira-kira 550 peserta manakala kategori Mountain Bike disertai oleh kira-kira 700 peserta. Seramai 100 peserta pula menyertai VIP Ride.

Bersempena dengan program ini, LPT2 telah menutup sementara laluan di antara persimpangan Jabor hingga Kijal bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang. -UTUSAN ONLINE