Pemain Croatia, Vekic berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Terbuka Nottingham, minggu lepas dan dia mempamerkan permainan mantap pada awal saingan apabila mematahkan sevis Barty dalam game ketiga.

Bagaimanapun, pemain muda Australia itu, yang melonjak ke kedudukan No. 2 dunia dalam ranking WTA selepas memenangi Grand Slam pertamanya, awal bulan ini, segera bangkit untuk mencatat tujuh kemenangan dalam lapan games berikut bagi membolehkan dia memenangi set pertama.

Namun, Barty beraksi sedikit goyah dalam set kedua ketika mendahului 5-2, tetapi dia berjaya memperbaiki kelemahannya untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua bagi mencatat pertemuan dengan pemain Amerika Syarikat, Jennifer Brady. - AFP