Aksi pusingan kedua hari ini menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu terpaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum menundukkan Lu Guang Zu 12-21, 21-14, 21-15 manakala Nishimoto menundukkan Wang Tzu Wei 25-23, 13-21, 21-16.

Pemain yang berasal dari Alor Setar itu mengakui, perlawanan hari ini sangat baik buat kedua-dua mereka dan sukar untuk dia meraih kemenangan.

Katanya, Guang Zu memiliki kepantasan dan strategi berkesan dalam set pertama tetapi dia berjaya memintas pada set kedua bagi mengheret permainan ke set penentuan serta memenangi set ketiga.

“Esok saya tidak akan beraksi dan sakan berehat sebelum kembali di pusingan ketiga.

“Saya akan berusaha memberikan aksi terbaik dalam selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sekiranya Zii Jia berjaya menundukkan Nishimoto pada Khamis ini, dia berkemungkinan besar akan berdepan juara bertahan yang juga pilihan utama dari Jepun, Kento Momota di suku akhir.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah memulakan kempen di Basel dengan keputusan positif apabila menundukkan Yip Pui Yin dari Hong Kong 21-8, 21-18 untuk berdepan pilihan ke-11 dari Kanada, Michelle Li di pusingan kedua.

Soniia bagaimanapun tidak begitu gembira dengan aksi yang ditampilkan dalam perlawanan pertama sambila menyifatkan dia gagal mengekalkan momentum permainan semasa set kedua.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi beregu lelaki profesional, Mohd. Arif Latif-Muhd. Nur Azriyn Ayub yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu selepas tunduk 12-21, 19-21 kepada Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dari Rusia. - UTUSAN ONLINE