Aksi di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, esok menyaksikan skuad negara akan berdepan cabaran Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C bagi mencapai sasaran layak ke saingan separuh akhir.

Yew Sin, 23, yang bergandingan dengan Teo Ee Yi sebelum ini mengalami kecederan belakang selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Keadaan terbaru itu mencetus kebimbangan kepada pasukan negara yang memasang misi untuk layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir bagi memburu tiket automatik ke Piala Thomas di Bangkok, Mei ini.

“Buat masa sekarang saya bebas daripada sebarang kecederaan dan bersedia untuk beraksi dalam perlawanan esok.

“Memang saya ada mengalami kecederaan belakang sebelum ini, namun ia tidak serius dan saya hanya perlu menjalani proses pemulihan biasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Gandingan Yew Sin-Ee Yi dijangka turun sebagai beregu kedua, manakala pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal menggalas tugas beregu pertama Malaysia. - UTUSAN ONLINE