Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, di sini menyaksikan Wan Ho meraih kemenangan 21-17, 21-19 untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$26,250 (RM107,932).


Majlis penyampian hadiah disempurnakan jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang turut menyaskikan perlawanan akhir, hari ini.


Sementara itu, bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon muncul juara perseorangan wanita selepas menundukkan juara dunia tiga kali, Carolina Marin 21-9, 22-20.


Pasangan beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang menang 21-18, 21-18 ke atas gandingan Thailand, Dechapol Puvaranukroh-Sapsire Taerattanachai.


Beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota muncul juara selepas menang 18-21, 21-16, 21-16 ke atas pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.- UTUSAN ONLINE