Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan pilihan kelapan itu dengan keputusan 21-16, 21-17 dalam tempoh 34 minit.

“Kami berharap kejayaan ke final ini akan menjadi permulaan buat kami untuk menghidupkan semula detik gemilang kami seperti 2016.

“Kami baharu sahaja digandingkan semula dan kami berada di landasan terbaik untuk ke arah lebih baik,” kata V Shem ketika ditemui selepas tamat permainan.

Kejayaan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto dari Indonesia yang menewaskan pilihan kelima dari Denmark, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding 15-21, 21-16, 21-17.- UTUSAN ONLINE