Jelas Wee Kiong, semua beregu mempunyai kekuatan yang sama dan pemenang pingat perak Olimpik Rio itu juga mengharapkan tuah akan menyebelahi mereka ketika mengharungi kejohanan tersebut.

“Saya rasa undian kali ini adalah seimbang, semua beregu sama kuat dan kita tidak boleh cakap siapa mesti menang atau paling kuat.

“Kita telah melakukan persiapan rapi dan jadi saya harap nasib yang baik akan menyebelahi kita di sana nanti serta mampu memberikan aksi terbaik,” katanya selepas majlis undian di Ibu Pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Menara Naza, hari ini.

Berdasarkan rekod, penampilan pertama pasangan itu di kejohanan dunia pada tahun 2015, mereka sekadar melangkah ke peringkat 16 terakhir setelah tewas kepada beregu China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan.