Kegusaran tersebut disuarakan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas skuad berbasikal dan badminton kebangsaan gagal menjelmakan kilauan emas kepada kontingen negara pada temasya tersebut.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk mempersoalkan mengenai sasaran yang telah diletakkan kepada kontinjen negara kerana masih terdapat sukan-sukan yang mampu menyumbang pingat emas sedang berlangsung.

"Saya akui kita berdepan tugas sukar untuk menepati sasaran lapan emas selepas skuad basikal dan badminton gagal meraih emas, namun masih terlalu awal kerana kita masih ada penyertaan dalam acara lain.

"Kita masih mempunyai peluang dalam acara terjun, boling dan pelayaran, saya berharap atlet mewakili negara dalam sukan tersebut akan berusaha sebaik mungkin dan membawa pulang pingat emas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE