Pasangan bukan pilihan yang mengejutkan pasangan pilihan ke-lima Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia dalam pusingan kedua semalam, bagaimana terpaksa bermain dalam perlawanan rubber-set hari ini sebelum berjaya menewaskan pasangan suami isteri Chris dan Gabrielle Adcock dari England; 21-15, 14-21 dan 21-15 dalam perlawanan suku akhir di Istora Senayan, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Satu lagi pasangan campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, bagaimanapun terkeluar dari pertandingan selepas kalah 4-21 dan 15-21 kepada pilihan kedua Wang Yilyu-Huang Dong Ping dari China dalam satu lagi saingan peringkat suku akhir.

Sementara itu cabaran pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut berakhir hari ini selepas beliau dikalahkan oleh Anders Antonsen dari Denmark dengan 16-21 dan 11-21.

Semalam pemain berumur 21 tahun itu mengejutkan ramai apabila beliau menewaskan juara bertahan Olimpik, Chen Long dari China dalam saingan pusingan kedua kejohanan.- BERNAMA