Aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pasangan No.2 negara itu berjaya mengetepikan cabaran pasangan Belanda, Jacco Arends-Selena Piek 21-17,21-17 untuk bertemu gandingan Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Chia Hsin yang turut mara selepas menundukkan satu lagi pasangan Belanda, Robin Tabeling-Cheryl Seinen 21-17, 21-12.

Sementara itu, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turut beraksi sebentar lagi menentang Bastian Kersaudy-Lea Palermo dari Perancis.

Dalam satu lagi aksi, pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga pilihan keempat akan turun menentang pasangan Denmark, Anderes Skaarup Rasmussen-Line Hojmark Kjaersfeldt dalam perlawanan terakhir, hari ini. - UTUSAN ONLINE