Dalam aksi Siri Jelajah Super 500 itu, perseorangan kedua negara yang menghuni ranking ke-31 dunia itu melakar kemenangan meyakinkan 21-15, 21-12 untuk bertemu pilihan utama, Chen Yu Fei yang mara selepas menyingkirkan Kim Ga Eun dari Korea Selatan, 21-10, 21-16.

Ketiadaan Goh Jin Wei dalam beberapa siri kejohanan sebelum ini akibat masalah kesihatan menyaksikan Soniia menjadi sandaran utama dalam acara perseorangan wanita, namun dia gagal memenuhi harapan yang diletakkan terutama selepas sering terkandas awal.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Soniia mengakui gembira dengan kemenangan itu namun menyedari bakal berdepan laluan sukar menentang Yu Fei yang juga juara All England.

Sementara itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut memberi kegembiraan buat Malaysia apabila mara ke suku akhir beregu lelaki dengan mengetepikan pilihan ketujuh, Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong dari China 19-21, 21-16, 21-18.