Dalam aksi di Istora Senayan, hari ini, pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 20-22, 19-21 kepada pasangan No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Pasangan kedua negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin juga tewas kepada pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 13-21.

Ee Yi mengakui, dia banyak melakukan kesilapan terutama dalam perlawanan hari ini dan keadaan menjadi lebih sukar selepas lawan mereka mengawal keseluruhan permainan.

"Kita cuba untuk melepasi perlawanan ini tetapi keadaan menjadi sukar kerana saya banyak membuat kesilapan selain lawan kami berjaya mengawal permainan," katanya. - UTUSAN ONLINE