Samuel terpaksa beraksi dalam set penentuan sebelum menewaskan wakil Kuala Lumpur, Hooi Shao Herng 21-11, 19-21, 21-13 dalam masa 55 minit.

Pemain pilihan kejohanan itu akan berdepan wakil dari Johor, Liew Xun yang menewaskan John Chua Gun Yang dari Sabah dengan keputusan straight set 21-9, 21-6 untuk memburu slot ke suku akhir.

Sementara itu, pilihan kedua, Chua Jin Yang dari Selangor terus mengekalkan status sebagai pencabar selepas mudah menundukkan pemain Kuala Lumpur, Bryan Chang Khai Yang straight set 21-11, 21-14.

Jin Yang akan berdepan pemain Pulau Pinang, Jayron Chua yang menang ke atas wakil Sabah, Muhd Khairul Syafiq straight set 21-12, 21-10.

Dalam pada itu, bagi kategori perempuan pula menyaksikan pemain pilihan, Arena Satu Samin dari Sabah tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman straight set 21-18, 21-11 di pusingan kedua hari ini sekaligus mara ke suku akhir.

Turut mara, pilihan kedua dari Selangor, K Letshana yang mudah menundukkan seorang lagi wakil Sabah, Vellery Yap straight set 21-7, 21-2 dalam masa 20 minit.

Saingan Divisyen Dua yang berlangsung di Alor Setar, Kedah bagi perempuan Bawah 16 tahun menyaksikan pilihan pertama, Tan Yian Yee dari Melaka meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas menang straight set 21-16, 23-21 ke atas pemain Sarawak Kashley Kho Tze Yin.

Yian Yi akan berdepan Chew Jia Wern dari Perak yang menang ke atas rakan sepasukan, Chew Jia Hui 21-12, 19-21, 21-19.

Pilihan kedua, K Yeshveeni dari Kedah menceriakan penyokong yang hadir selepas mengatasi wakil Sarawak Audrey Vanessa Chee 21-12, 21-14 untuk melengkapkan jadual separuh akhir, bertemu pemain Negeri Sembilan, Vanessa Ng Po Lyn.

Sementara itu, bagi acara beregu lelaki B-16 menyaksikan kejutan berlaku apabila gandingan Muhd Danish Anuar-Syed Zubir Syed Mustaqim dari Perak menewaskan pilihan kedua, Low Yan tat-Teo Jie Sern dari Melaka dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-14, 21-17 di pusingan kedua. - UTUSAN ONLINE