Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rejim latihan Chong Wei tidak banyak diubah

Misbun SIDEK (kiri) akan memberi tumpuan untuk menstabilkan permainan
Misbun Sidek (kiri) akan memberi tumpuan untuk menstabilkan permainan Lee Chong Wei bagi menghadapi empat jaguh China.

KUALA LUMPUR 7 Julai – Ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek tidak akan melakukan sebarang perubahan drastik terhadap rejim latihan Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow Ogos ini.

Legenda badminton negara itu memberitahu, hanya beberapa ramuan penting akan diterapkan ke dalam permainan Chong Wei untuk memberikan kesedaran bahawa dia adalah sasaran utama pemain lain dalam kejohanan itu.

Katanya, pemenang tiga pi­ngat perak Sukan Olimpik itu memerlukan beberapa elemen untuk membolehkan dia menstabilkan permainannya.

“Tiada perubahan drastik untuk dia, cuma saya akan berikan kesedaran kepadanya bahawa dia akan menjadi sasaran utama beberapa pemain.

“Ramuan yang akan saya masukkan ini adalah untuk menaikkan tahap kesedarannya, jadi menerusi cara ini dia akan tahu bila masa untuk menamatkan permainan dengan menggunakan cara dia.

“Tidak banyak perkara yang boleh diasak di dalam latihannya kerana bagi saya yang pa­ling penting ialah jangan kacau pemikirannya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Misbun mengakui bahawa empat pemain dari China iaitu Lin Dan, Tian Houwei, Shi Yuqi dan Chen Long akan menjadi pencabar utama Chong Wei dalam misi memburu kejuaraan pertamanya di Glasgow.

Katanya, empat pemain itu akan mengambil peluang sebaik mungkin untuk menewaskannya bagi menyekat peluangnya melangkah ke final.

“Dia mempunyai pengalaman yang banyak, sudah lebih 60 kejohanan bertaraf Siri Super sudah disertainya, jadi dia tiada masalah untuk menstabilkan permainannya.

“Bagi saya, kalau dia bermain dengan bagus sudah cukup baik kerana dengan cara itu keputusan akan hadir,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain