Beliau juga menyedari bahawa sukan badminton negara mula menunjukkan penurunan ketara dan menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta BAM kembali mengangkat sukan itu menjadi No.1 di Malaysia.

“Semasa lawatan ke China, Presiden (Xi Jinping) memberitahu bahawa Malaysia pernah menjadi juara dan China pernah mempelajari sukan itu daripada kita sewaktu mula mengenali sukan badminton.

“Tetapi kini dia bertanya kenapa prestasi kita menurun? Ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

“Saya berharap kita akan menjadi juara dunia, bukan juara liga junior atau juara Malaysia tetapi juara dunia, jadi kita perlu memasang impian besar, please...no nonsense, bukan sebab (Datuk Seri) Najib (Razak) bukan sebab Rosmah, bukan sebab AirAsia tetapi atas nama Malaysia,” katanya ketika berucap melancarkan lagu rasmi BAM, We Are The Champion di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Sementara itu, Rosmah berharap Akademi Badminton Malaysia mampu melahirkan juara dunia pada masa akan datang.

Beliau berkata, pendekatan yang bakal digunakan ke atas setiap pemain akan lebih sistematik dan saintifik sesuai dengan keperluan budaya sukan dunia pada ketika ini.

Beliau memberitahu, banyak negara sudah mula menunjukkan peningkatan ketara dalam sukan itu dan kajian saintifik perlu dilakukan bagi menaikkan semula sukan badminton di negara ini.

“Pelbagai perkara akan diberi perhatian termasuk cara pemakanan, kadar tenaga dan sistem latihan. Ia dilakukan dengan lebih teratur dan saintifik.

“Bagaimanapun, pemain itu sendiri perlu mempunyai keazaman untuk menjadi juara, jika tiada semangat pun tidak guna juga kerana semangat untuk menang itu kena ada, jangan sudah ketinggalan tiga atau empat mata sudah mengalah.

“Kena latihan kajian menyeluruh mengenai elemen-elemen penting yang perlu ditambah baik dan selepas ini kita akan ada banyak juara di peringkat dunia.

“Jadi saya berharap dapat jadikan badminton kita di tahap terbaik di dunia seperti sedia kala,” katanya lagi selepas melihat penyerahan hadiah Kejohanan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Turut hadir Khairy dan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. - UTUSAN ONLINE