Pemain remaja berusia 19 tahun itu mengakui, dia amat terkejut apabila namanya dise­naraikan dalam kejohanan badminton berpasukan campuran itu kerana ia disertai ramai pemain terbaik, terutama dalam kelompok 10 teratas dunia.

Walaupun jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memikul tugas perseorangan lelaki utama negara, namun Zii Jia bersedia diturunkan pada bila-bila masa dan mahu menggunakan kejohanan itu untuk membiasakan diri dengan pentas besar.

“Saya ada bincang dengan jurulatih mengenai penyertaan saya, mereka mahu saya belajar cara permainan pemain handalan dunia dan cara mereka mengawal tekanan.

“Saya akan cuba serap corak permainan mereka dan sesuaikan dengan cara permainan sayag.

“Kejohanan ini juga akan saya jadikan pentas pemanas badan untuk Sukan SEA,” kata­nya ketika ditemui baru-baru ini.

Malaysia yang akan memulakan kempen dengan menentang Jerman, Selasa ini meletakkan sasaran untuk mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir.