Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu berkemungkinan berdepan pasangan Ireland, Sam Magee-Chloe Magee di pusingan kedua selepas mendapat bye pada pusingan pertama kerana diletakkan selaku beregu pilihan dalam kejohanan tersebut.

Peng Soon-Liu Ying dijangka berdepan cabaran Soon Huat-Shevon dalam pusingan ketiga seandainya gandingan negara itu berjaya mengetepikan saingan Takuro Hoki-Wakana Nagahara.

Peng Soon mengakui, cabaran pada kejohanan itu bukan sesuatu yang mudah kerana setiap pemain bersemangat memburu kejuaraan berprestij itu.

“Kalau diikutkan peluang kami 50-50 untuk bertemu mereka. Paling utama kami perlu melepasi saingan awal dahulu kerana kami berdepan kesukaran untuk menewaskan mereka sebelum ini dan terpaksa beraksi hingga ke set penentuan.

“Memang satu kerugian bertemu rakan senegara dalam pusingan awal, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menampilkan aksi terbaik kami,” katanya.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut diberikan bye pada pusingan pertama dan dijangka bertemu Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pada pusingan kedua. - UTUSAN ONLINE