Pasangan No.1 negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu hanya memerlukan 32 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan Hong Kong, Tan Chung Man-Ng Tsz Yau 21-16, 21-15.

Kejayaan itu menyaksikan mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan kedua yang juga wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taeratanattachai yang menundukkan rakan senegara, Nipitphon Phuangphuapet-Savitree Amitrapai 21-18, 21-16.

Turut ke final pasangan beregu lelaki No.1 negara yang juga pilihan utama, Goh V Shem Tan Wee Kiong yang mudah mengetepikan Akira Koga-Taichi Saito 21-12, 21-10.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran pilihan kelima dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang menang ke atas satu lagi pasangan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 17-21, 21-13, 21-11.-UTUSAN ONLINE