PASANGAN beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon (kiri), Goh Liu Ying terpaksa akur apabila perjuangan mereka dalam Malaysia Masters terkandas di peringkat separuh akhir. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Mereka yang berjaya merangkul kejuaraan Thailand Masters, minggu lalu tewas kepada pilihan utama dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Hisgashino 15-21, 21-7, 14-21.

Peng Soon mengakui, perlawanan hari ini agak sukar buat mereka kerana kepenatan selain hilang fokus semasa beraksi di dalam gelanggang.

“Mereka bermain dengan baik hari ini dan kami agak hilang fokus semasa beraksi,” katanya. - UTUSAN ONLINE