Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 17-21, 21-13, 21-14 ke atas gandingan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang mengetepikan saingan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldi-Pitha Haningtyas Mentari 21-13, 19-21, 21-16.

Berdasarkan rekod pertemuan, Peng Soon-Liu Ying memiliki rekod empat kemenangan dalam enam pertemuan menentang Watanabe-Higashino sebelum ini dengan kali terakhir mereka beraksi di Terbuka Jepun, bulan lalu.-UTUSAN ONLINE