Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mei Kuan, Meng Yean impi emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR 10 Julai – Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bersedia untuk melakar kejutan andai bertemu rakan senegara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei di pentas akhir cara badminton Sukan SEA, Ogos ini.

Beraksi buat kali pertama pada temasya dwi-tahunan itu tidak akan menjadi penghalang buat Meng Yean dan gandingannya untuk sekurang-kurangnya menyumbang pingat buat kontinjen negara.

Pemain kelahiran Melaka itu berjanji untuk memberikan aksi terbaik bagi mencapai sasaran pingat dan pada masa sama me­ngakui, mereka tidak berdepan tekanan kerana fokus lebih terarah kepada Vivian-Khe Wei.

“Persediaan kami sangat bagus, saya dan Mei Kuan hanya fokus kepada Sukan SEA sekarang ini.

“Kami meletakkan sasaran untuk memenangi pingat dalam penampilan sulung temasya ini.

“Kami juga akan cuba mencapai sasaran pingat emas yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam acara ini tetapi jika tidak berjaya, pingat lain (perak atau gangsa) sudah memadai buat kami,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Di temasya Singapura dua tahun lalu, gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho me­raih emas selepas menundukkan Vivian-Khe Wei yang merupakan juara Sukan SEA Myanmar 2013.

Sementara itu, Meng Yean mengakui, cabaran utama akan hadir daripada Thailand dan Indonesia tetapi pada masa sama percaya, mereka mampu meng­ulangi pencapaian dua tahun lalu.

“Saya yakin kita akan masuk ke perlawanan akhir acara berpasukan wanita tetapi kami perlu mengalahkan Indonesia terlebih dulu dan bertemu Thailand untuk perebutan emas,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain