Marin dari Sepanyol muncul sebagai juara dunia sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun lalu mendapat kecederaan tersebut ketika beraksi di final Masters Indonesia dan terpaksa menarik diri sekali gus memberi kemenangan kepada Saina Nehwal dari India.

Persekutuan Badminton Sepanyol (BEC) berkata bintang berusia 25 tahun itu akan menjalani pembedahan pada hari ini dan memulakan rawatan pemulihan pada minggu depan di mana kecederaan yang dialaminya itu memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk sembuh.

Itu membuatkan Marin berada dalam kesuntukan masa untuk mempertahankan gelaran juara dunia yang akan berlangsung di Basel, Switzerland pada 19 hingga 25 Ogos ini. - AFP