Biarpun Jepun turun sebagai pilihan utama, namun negara matahari terbit itu yang tidak pernah menjuarai kejohanan badminton berpasukan campuran tersebut dilihat tidak seampuh tuan rumah, China.

Jepun mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan A selepas berhempas pulas untuk menumpaskan Rusia 3-2 sebelum mengalahkan Thailand 4-1.

Malaysia tampil sebagai naib juara Kumpulan D selepas dibelasah 0-5 oleh China dalam aksi pembukaan, sebelum bangkit menumpaskan juara Sukan Komanwel, India 3-2.

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Pusat Sukan Guangxi esok.

China yang menjadi pilihan untuk merangkul Piala Sudirman buat kali ke-11 pula diundi menentang gergasi Eropah, Denmark dalam suku akhir hari ini.

Juara bertahan, Korea Selatan yang mara selaku juara Kumpulan C, menerima tentangan pasukan sedang meningkat, Thailand manakala juara 1989, Indonesia bertemu Taiwan. - UTUSAN ONLINE

SUKU AKHIR

-----------

HARI INI

China lwn Denmark

Korea Selatan lwn Thailand

*semua perlawanan bermula 6 petang

ESOK

Taiwan lwn Indonesia

MALAYSIA lwn Jepun

*semua perlawanan bermula 11 pagi