Selepas tewas 0-3 kepada Jepun dalam aksi berpasukan, hari ini, beliau mahu kesemua pemain negara melupakan segera kekecewaan itu dan bangkit menampilkan aksi lebih meyakinkan dalam acara individu bagi membantu menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

“Memang saya kecewa kerana mereka tewas mudah hari ini dan ini menunjukkan mereka gagal menyaingi Jepun, bagi saya kekalahan (Goh) V Shem-(Tan) Wee Kiong memang tidak boleh diterima.

“Acara lain seperti beregu lelaki, beregu campuran harus bangkit dan berikan aksi cemerlang dalam acara individu untuk meraih pingat,” katanya.

Dalam aksi hari ini, Liew Daren gagal menghadiahkan mata pertama selepas tewas 13-21, 14-21 kepada juara dunia, Kento Momota sebelum gandingan V Shem-Wee Kiong tewas 18-21, 18-21 kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda. Lee Zii Jia juga gagal menghidupkan peluang Malaysia selepas tewas 18-21, 17-21 kepada Kenta Nishimoto.