Aksi final hari ini menyaksikan Lin Dan tewas pada set pertama 9-21 sebelum bangkit pada set berikutnya untuk meraih kemenangan 21-17, 21-11 untuk membawa pulang hadiah berjumlah AS$49,000 (RM200,417).

Kejohanan itu menyaksikan, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada Lin Dan dan Chen Long.

“Saya gembira dengan kejayaan saya di sini dan ia membuktikan latihan saya memberi kesan positif.

“Kali pertama saya menang di sini (pada 2017) saya menewaskan Chong Wei tetapi hari ini saya menerima hadiah daripada dia,” kata Lin Dan.- UTUSAN ONLINE