Peng Soon-Liu Ying yang hanya kembali beraksi selepas lapan bulan dipisahkan akibat kecederaan Liu Ying terpaksa akur 13-21, 16-21 kepada pilihan kedua dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Mengakui, kepenatan menjadi punca mereka gagal menunjukkan prestasi baik di depan penyokong sendiri, Peng Soon-Liu Ying bagaimanapun tetap menjadi sandaran terbaik Malaysia dalam acara beregu campuran pada Sukan Komanwel di Gold Coast, April ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu bagaimanapun perlu bersaing dengan dua lagi beregu, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menunjukkan prestasi baik sejak akhir-akhir ini.

Soon Huat-Shevon, pilihan kelapan kejohanan melayakkan diri ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menyingkirkan Kian Meng-Pei Jing, pilihan keempat, 21-14, 21-15 hari ini. - UTUAN ONLINE