LEE CHONG WEI

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei gagal memburu hadiah hari jadi buat dirinya sempena ulang tahun ke-35 yang akan disambut, Sabtu ini.

Keputusan itu menyaksikan, hanya tinggal beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang meneruskan cabaran negara di kejohanan tersebut selepas melakar kejutan menewaskan pilihan keenam dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping 21-14, 16-21, 21-18 sekali gus mara ke peringkat suku akhir.

Beregu ke-14 dunia itu akan bertemu dengan Niclas Nohr-Sara Thygesen dari Denmark, hari ini. -UTUSAN ONLINE