Selepas cemerlang melangkah ke final badminton Terbuka Singapura semalam, beregu campuran negara itu bagaimanapun kalah mudah 14-21, 6-21 kepada pilihan ketiga dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam penentuan gelaran hari ini.

Kekalahan itu memusnahkan harapan Kian Meng-Pei Jing untuk merangkul gelaran antarabangsa pertama dalam tempoh dua tahun sejak kali terakhir menjuarai Malaysia Masters pada 2017.

Biarpun bukan beregu pilihan, Kian Meng-Pei Jing sebelum ini turut cemerlang melayakkan diri ke separuh akhir Terbuka Malaysia, minggu lalu. - UTUSAN ONLINE