Dalam saingan itu, Kian Meng-Pei Jing tewas 13-21, 17-21 kepada pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping dalam aksi yang memakan masa 35 minit.

Aksi perseorangan lelaki menyaksikan, juara dunia lima kali dari China, Lin Dan melangkah ke final kejohanan Siri Jelajah Dunia Super 750 bernilai 700,000 dolar (RM2.86 juta) selepas mengetepikan cabaran Shi Yuqi 21-19, 16-21, 21-12 untuk berdepan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long yang menang 12-21, 21-10, 21-15 ke atas Jonatan Christie.

Perseorangan wanita menyaksikan pemain No.1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying mara ke final selepas menewaskan Chen Yunfei 21-14, 21-19 dan akan berdepan tentangan Akane Yamaguchi yang menundukkan Nozomi Okuhara 21-15, 22-20.

Acara beregu wanita menyaksikan Du Yue-Li Yinhui menewaskan pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-12, 21-14 untuk bertemu rakan senegara dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan yang menewaskan Chang Ye Na-Jung Kyung Eun 21-14, 21-18. - UTUSAN ONLINE