Jun Hao yang juga naib juara remaja dunia 2017 tidak mampu mengatasi pengalaman yang dimiliki Tommy apabila terpaksa akur dengan keputusan 16-21, 15-21 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan apabila berjaya melangkah ke senarai undian utama selepas memulakan aksi di peringkat kelayakan.

Dalam kejohanan itu juga, Jun Hao berjaya mengetepikan beberapa pemain ternama termasuk bekas juara remaja dunia yang juga perseorangan ketiga negara, Zulfadli Zulkiffli selain pilihan keempat dari Hong Kong, Hu Yun.-UTUSAN ONLINE