Jin Wei pernah menjadi fenomena sukan badminton negara selepas kejayaannya menjadi juara pada edisi 2015, namun gagal dalam dua edisi berikutnya yang berlangsung di Bilbao dan Jogjakarta.

Aksi di Markham, menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu akan berusaha merangkul semula kejuaraan itu buat kali terakhir kerana dia kini sudah mencapai usia 18 tahun.

Katanya, dia mahu memberikan persembahan terbaiknya sama seperti ketika dia beraksi di Buenos Aires sewaktu merangkul pingat emas pertama negara di temasya Olimpik Remaja.

Dia memberitahu, China tetap dilihat sebagai pencabar utama kerana mereka sering menghantar pemain-pemain baharu dalam kejohanan itu.

“Banyak nama yang saya tidak pernah temui dalam kejohanan kali ini, paling penting saya perlu tahu cara permainan mereka.

“China tetap dilihat sebagai cabaran utama kerana dalam edisi kali ini mereka hantar ramai pemain,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, baru-baru ini.