Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jin Wei hadiahkan emas Hari Kebangsaan

Pemain badminton Malaysia, Goh Jin Wei membalas pukulan pemain 2
Pemain badminton Malaysia, Goh Jin Wei membalas pukulan pemain Malaysia, Soniia Cheah ketika perlawanan akhir badminton perseorangan wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Axiata Arena,Bukit Jalil di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tamatnya kemarau 14 tahun negara tanpa emas dalam acara badminton perseorangan wanita dalam Sukan SEA Ke-29 disifatkan istimewa terutama menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.

Menurut Goh Jin Wei, kejayaan tersebut ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong pasukan badminton dan seluruh kontinjen negara yang bersaing dalam Sukan SEA kali ini.

“Saya sangat inginkan emas dan sempena Hari Kebangsaan juga emas ini ditujukan kepada seluruh rakyat yang terus menyokong kami walaupun emas ke-111 sudah diperoleh semalam,” katanya kepada pemberita.

Jin Wei mengatasi rakan senegara, Soniia Cheah 21-11, 21-10 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Kali terakhir Malaysia mendapat emas acara perseorangan wanita semasa Sukan SEA 2003 di Ho Chi Minh, Vietnam menerusi Wong Mew Choo.

Ini adalah kejayaan terbesar buat Jin Wei dalam kariernya di pentas senior selepas bergelar juara remaja dunia pada 2015.

Kejayaan pemain remaja berusia 17 tahun itu menyelamatkan maruah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang gagal memenuhi misi merangkul sekurang-kurangnya dua emas.

Terdahulu, acara yang menjadi sasaran BAM iaitu beregu campuran gagal menjelmakan emas selepas gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, yang juga pilihan kedua temasya tewas 15-21, 20-22 kepada pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga meraih perak selepas tunduk 19-21, 22-20, 17-21 kepada Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh juga dari Thailand.

Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian itu.


tahun negara kemarau emas dalam acara badminton perseorangan
wanita.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain