Dalam aksi pertama, pasangan beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menampilkan aksi memberangsangkan dengan mengheret permainan ke set penentuan sebelum tewas 21-13, 24-26, 21-23 kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah nyata tidak mampu menandingi ketangkasan juara dunia 2017, Nozomi Okuhara selepas tewas 16-21, 13-21.

Harapan Malaysia untuk kembali menghidupkan peluang menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia juga tidak kesampaian selepas dia tewas kepada pemain No.1 dunia yang juga juara dunia, Kento Momota 18-21, 16-21.-UTUSAN ONLINE