Pasangan No. 57 dunia itu bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum menang 16-21, 21-15, 21-11 pada kejohanan Jelajah BWF berstatus Super 100 itu.

S

ementara itu perseorangan lelaki negara, Lim Chong King dan pemain wanita, S. Kisona menjuarai kejohanan Terbuka Hellas 2019 di Sidirokastro, Greece, hari ini.

Chong King, yang mara dari pusingan kelayakan, berjaya mengalahkan rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin 8-21, 21-13, 21-15 dalam pertarungan hampir sejam manakala Kisona, mengalahkan pilihan ketiga, Thet Htar Thuzar dari Myanmar 21-14, 21-19 di pentas final. - BERNAMA