Dalam aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini, bekas pemain No.1 dunia itu mudah mengetepikan cabaran wakil Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-15 untuk berdepan Kento Momota yang turut mara selepas menewaskan K. Srikanth 21-13, 21-13.

Kejayaan hari ini menyaksikan Chong Wei mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Tommy selepas 17 pertemuan.

“Memang hari ini saya gembira kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan kepada Tommy.

“Bagaimanapun, saya tetap membuat persiapan terbaik untuk hari ini kerana saya bukan lagi muda seperti dahulu dan esok, saya akan terus menikmati permainan saya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tamat. - UTUSAN ONLINE