Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya di Taiwan hari ini.

Sejurus mengetahui beberapa media sedang menunggu kepulangannya hari ini sejak pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Chong Wei meminta jasa baik semua agar tiada liputan berita mengenainya ketika ini.

“Beritahu semua orang (media) supaya balik, tidak perlu tunggu saya. Saya tidak mahu semua media tunggu saya di lapangan terbang.

“Saya perlukan rehat ketika ini. Beberapa hari lagi saya akan panggil semua media untuk menjelaskan keadaan saya. Terima kasih,” katanya menerusi satu pesanan suara.- BERNAMA