Pemegang tiga pingat perak Olimpik itu akan bertemu media dalam satu sidang akhbar khas di Bukit Kiara esok.

Difahamkan Chong Wei, 36, akan menjelaskan perkembangan terkini berhubung kesihatan dan hala tuju kerjayanya.

Pemain kelahiran Bagan Serai itu sebelum ini memohon semua pihak untuk menghormati ruang peribadinya setelah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan di Taiwan.- UTUSAN ONLINE