Biarpun usianya bakal mencecah 36 tahun pada 21 Oktober ini, namun Chong Wei sedikit pun tidak menunjukkan tanda keletihan ketika menumpaskan bintang Jepun, Kento Momota dalam aksi sengit 21-17, 23-21 dalam tempoh 70 minit.

Chong Wei merampas kembali kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2016, sekali gus menambah koleksi kemenangan selepas turut muncul juara pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Kemenangan ini juga membolehkan dia membalas dendam atas kekalahan 19-21, 14-21 kepada pemain No. 11 dunia, Momota pada Kejohanan Asia, April lalu.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan ini kerana saya kini beraksi di dalam tekanan terutama selepas ramai pemain muda mula menunjukkan peningkatan luar biasa.

“Kejayaan ini adalah dorongan untuk saya beraksi lebih baik di Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan juga Terbuka Indonesia, selepas ini,” katanya selepas tamat permainan.

Keputusan itu juga membuktikan bahawa usia bukan penghalang buat Chong Wei untuk terus beraksi cemerlang terutama di pentas Kejohanan Dunia dan Sukan Asia.- UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (AKHIR)

Perseorangan lelaki:LEE CHONG WEI (MAS) kln Kento Momota (Jpn) 21-17, 23-21

Beregu lelaki: Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (Jpn) kln Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (Jpn) 21-8, 21-10

Perseorangan wanita: Tai Tzu-ying (Tpe) kln He Bingjiao (Chn) 22-20, 21-11

Beregu wanita: Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (Jpn) kln Chen Qingchen-Jia Yifan (Chn) 21-12, 21-12

Beregu campuran: Zheng Siwei-Huang Yaqiong (Chn) kln Wang Yilyu-Huang Dongping (Chn) 21-19, 21-18