Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggangap kemenangan tersebut mampu memberi kesan psikologi positif kepada Chong Wei.

Malah, Ahmad Shabery juga berharap agar pemain itu berupaya mengekalkan prestasinya sehingga Sukan Olimpik London yang bakal membuka tirai 27 Julai ini.

"Saya tak anggap Lin Dan sekadar memberikan kemenangan kepada Chong Wei.

Terbuka Korea adalah kejohanan yang menawarkan hadiah termahal dan ini satu permulaan yang baik pada 2012,"

"Kemenangan ini mampu memberi kesan psikologi yang baik kepada Chong Wei dan sekiranya dia berupaya mendapatkan kemenangan lagi sudah tentu tekanan lebih dirasai oleh Lin Dan," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan dua pemain golf muda negara yang sedang meningkat, Galven Kyle Green, 18, dan Galven Kendall Green, 11, di pejabatnya, semalam.

Pada final kelmarin, Chong Wei akhirnya menundukkan jaguh China, Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 pada perlawanan akhir, setelah kali terakhir mengalahkan jaguh China itu Mac lalu.

Rekod sejak 2004 menunjukkan Chong Wei tidak pernah mencatat kemenangan berturut-turut ke atas Lin Dan, sebaliknya satu kemenangan disusuli dengan tiga atau empat kekalahan.