Tampil sebagai pilihan ke-14 kejohanan, mereka menerima tentangan sengit namun berjaya mengecewakan gandingan dari England, Ben Lane-Jessica Pugh menerusi kemenangan straight set 21-19 21-19.

Mereka akan bertemu pasangan pilihan keempat kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Thasapsiree Taerattanachai bagi merebut slot ke suku akhir.

Sementara itu, beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut mara ke pusingan ketiga selepas menang 21-15, 13-21, 21-11 ke atas gandingan Hong Kong, Hsu Ya Ching-Hu Ling Fang.

Kemenangan itu menyaksikan mereka bakal berdepan pemenang di antara pilihan ketiga, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi dari Jepun atau pasangan Australia, Setyana Mapasa-Gronya Somerville. - UTUSAN ONLINE