Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beregu campuran negara pungut perak

perak
PEMAIN badminton beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat (kanan) dan Shevon Jemie Lai (dua dari kanan) memenangi pingat perak bergambar bersama pemenang pingat gangsa, Chan Peng Soon (kiri) dan Cheah Yee See ketika perlawanan akhir badminton beregu campuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Axiata Arena,Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/Roy Azis Abd Aziz

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih perak Sukan SEA Ke-29 sebentar tadi, selepas tewas kepada gandingan Thailand dalam aksi akhir.

Wakil negara tumpas 15-21 dan 20-22 kepada pasangan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang juga pilihan pertama pertandingan, dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Pencapaian perak itu mengulangi prestasi semasa Sukan SEA 2015 di Singapura dan kali terakhir Malaysia mendapat emas dalam kategori beregu campuran ialah pada Sukan SEA 1999 di Brunei. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain