Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara itu antara yang akan di­bincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang berkemungkinan diadakan Rabu ini.

Katanya, selain itu, badan induk sukan badminton negara itu juga akan mencari pendekatan-pendekatan lain bagi memulihkan semula skuad kebangsaan yang dilihat semakin ketinggalan berbanding negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia.

“Aksi dalam Sukan SEA, Piala Sudirman dan beberapa kejohanan sebelum ini telah membuka mata kami bahawa banyak perkara yang perlu diatasi segera dan kami tidak boleh lagi memandang kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini.

“Saya akan memanggil Pengarah Teknikal BAM (Morten Frost Hansen) dan barisan kejurulatihan untuk mencari penyelesaian terhadap perkara ini kerana saya melihat pemain-pemain kami terutama pemain muda tidak mempu­nyai kekuatan mental untuk menamatkan permainan semasa beraksi dalam Sukan SEA membuatkan kami gagal mencapai sasaran dua pingat emas.

“Kami juga akan cuba meluaskan pencarian bakat-bakat muda kerana jumlah pemain yang ada pada ketika ini sangat kecil dan kami akan menghantar lebih ramai pemain pelapis ke kejohanan antarabangsa untuk mereka mendapatkan lebih banyak pendedahan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.