Datuk Lee Chong Wei berjaya mara setelah menewaskan pemain India, H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 dalam masa 58 minit.



Pada aksi final esok, Chong Wei akan menentang seorang lagi pemain India, K. Srikanth yang menewaskannya dalam final acara berpasukan campuran pada 9 April lalu.

Sementara itu, Vivian/Mei Kuan melepasi jangkaan yang diletakkan ke atas mereka apabila mara ke final dengan menewaskan beregu pilihan dari India, Reddy N. Sikki/P. Ashwini dalam permainan tiga set 17-21, 21-15, 21-4.



Namun, nasib berbeza menimpa dua lagi wakil negara, dengan kedua-duanya tewas di tangan beregu England.

Dalam acara beregu lelaki, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dikejutkan Marcus Ellis/Chris Langridge 21-15, 16-21, 15-21 sekaligus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada temasya 2014.



Manakala beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk di tangan gandingan suami isteri, Chris/Gabrielle Adcock 19-21, 17-21. - UTUSAN ONLINE