Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Paulus Firman jelas berpuas hati dengan persembangan pasangan itu dengan menyifatkan mereka sudah menampilkan aksi terbaik termasuk mengheret permainan suku akhir menentang Takeshi Kamura-Keigo Sonodo ke set penentuan sebelum tewas.

Katanya, Ee Yi memainkan tanggungjawab dengan sempurna selaku pemimpin serta perancang dalam perlawanan terakhir mereka, semalam dan ia memberi petanda baik kepada kem badminton negara.

“Memang mereka sudah keluarkan semua permainan dalam aksi, semalam dan Ee Yi mengalami kecederaan yang menyaksikan dagunya koyak besar serta mengalami pendarahan agak banyak.

“Bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa dan masih mahu berjuang hingga mata akhir sebelum di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tiada apa yang serius dan dia hanya menerima beberapa jahitan pada bahagian dagu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE