Mereka akan bersaing dalam 22 jenis sukan antaranya renang, memanah, bola sepak, olahraga, wushu, ping pong, skuasy, badminton dan banyak lagi.

Majlis perasmian APMG 2018 disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Stadium Bandaraya di sini malam ini yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Yang turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow; Presiden Persatuan Masters Games Antarabangsa Kai Holm dan Duta APMG

Penang 2018, Tunku Tan Sri Imran Tunku Jaafar.

Perarakan masuk peserta dimulakan dengan 64 bendera yang mewakili negara peserta sebelum mereka berjalan mengikut sukan masing-masing.

Sebagai simbolik perasmian, obor APMG 2018 dibawa oleh beberapa lagenda sukan negera sebelum dinyalakan oleh lagenda pecut negara Baba Singhe Peyadesa , 71 pada 12 panjut.

APMG adalah merupakan Sukan Masters yang julung kali diadakan di Asia.

Lebih menarik APMG 2018 turut tercatat dalam Buku Rekod Malaysia sebagai kejohanan sukan yang julung kalinya diadakan di Malaysia serta kejohanan yang memiliki peserta paling ramai. - UTUSAN ONLINE