Muhammad Irfan yang merupakan atlet acara lempar cakera melontarkan soalan tersebut  
dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut Muhammad Irfan, beliau ketika ini tanpa jurulatih dan pergi ke pusat latihan tanpa sebarang peruntukan.

"Saya ingin bertanya Syed Saddiq, mula-mula anda bubarkan Podium. Kemudian kontrak jurulatih saya ditamatkan serta merta selepas saya pecahkan rekod kebangsaan 12 kali, tiga kali menang pingat emas Sukan SEA dan pingat perak Kejuaraan Asian yang dicapai bersama dengan jurulatih saya selama enam tahun dan elaun dipotong separuh.

"Boleh saya bertanya kepada YB, anda suruh atlet mencapai kejayaan, tapi anda tamatkan kontrak jurulatih saya dan saya ketika ini membayar sendiri jurulatih baharu. Sekarang anda beritahu saya, saya tiada jurulatih dan rancangan latihan luar negara juga tidak diluluskan. Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower (#kuasabelia)," kata  Muhammad Irfan.

Muhammad Irfan Shamshuddin
Muhammad Irfan Shamshuddin 

Ketika ini perkongsian Muhammad Irfan di Facebook mendapat 2,200 reaksi, 358 komen dan 1,279 perkongsian.

"Impian bulan dan bintang, bajet pasir dan debu. Hmm, Malaysia baru la sangat. Atlet tak perform salahkan, cakap dah bagi macam-macam bagi janji manis, kencing manis, potong kaki," kata Fidel Sali.

"Me and my student pun pasrah dengan perancangan YB ni. Program yang sepatutnya berjalan bulan September 2018 ditunda 27 Januari 2019 tapi dua minggu lepas dimaklumkan tak jadi dan dibatalkan. Student saya sampai give up and kata ini semua fake hope. Tak apalah YB kami bukannya geng motor dan mat rempit yang YB boleh luangkan masa," komen Wafie Mohd. Noor.

Ah! kau level SEA Games je bukan power mana pun sponsor ko banyak-banyak pun bukan ke mana pun. Guna jelah apa yang ada. Kalau kau level Lee Chong Wei tak apa la jugak nak macam-macam," kata Pengorek Telinga Moden.-UTUSAN ONLINE