Kata Sazali, layanan mengecewakan PBBM sepanjang tempoh penggantungannya antara faktor yang menyebabkan dia enggan kembali bersama badan induk itu terutama selepas tamat hukumannya pada 2023.

“Saya telah memilih untuk keluar PBBM tahun lalu kerana anggap hukuman yang diberikan tidak adil.

“Saya masih aktif dan berge­rak secara sendirian menyertai kejohanan tertentu yang tidak besar namun memberi kepuasan.

“Minat saya dalam sukan ini masih tinggi,” kata­nya selepas diumum sebagai duta My Vending Station (M) Sdn. Bhd., iaitu syarikat pengeluar mesin layan diri (vending machine), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif My Vending Station, Haziq Nafis Norsaham berkata, Sazali dipi­lih sebagai duta syarikat itu dengan kontrak selama tiga tahun.

“Kami juga bersedia menjadi penaja Sazali untuk menyertai kejohanan sebagai menghargai sumbangan atlet berusia 52 tahun itu,” kata Haziq.

Sazali dikenakan penggantungan tambahan empat tahun daripada sebarang kejohanan dan aktiviti bina badan selepas menyertai Kejohanan Bina Badan Fizik dan Bikini Pertunjukan Sukan Berani China di Shanghai, Mei lalu.

Pada 7 Jun 2018, dia dikenakan hukuman tambahan oleh Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib dan Antidoping) PBBM kerana melanggar hukuman penggantungan empat tahun akibat gagal ujian doping.

Sazali didapati positif anabolic ­steroid hasil ujian pada 1 September 2015 sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan Asia 2015 di Tashkent.