A'Famosa Resort adakan bufet Ramadan bertemakan Aroma Dapur

Bufet Ramadan bertemakan Aroma Dapur

ALOR GAJAH 25 Mei - A'Famosa Resort memberi peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa dengan Bufet Makan Malam Ramadan bertema Aroma Dapur dari 17 Mei hingga 14 Jun ini.

Menurut jurucakap bahagian perhubungan awam A'Famosa Resort, bufet yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 9 malam itu diadakan di Istana Ballroom, A'Famosa Club House di sini.

"Dalam bulan Ramadan ini, kami menjemput orang ramai bersama keluarga dan rakan-rakan mereka ke A’Famosa Resort dan menikmati masa kegembiraan untuk berbuka puasa.

"Lebih 100 jenis makanan istimewa daripada masakan Melayu tempatan, masakan Cina dan Barat yang disajikan. Terdapat juga dewan jamuan yang luas, sajian masakan yang meyelerakan daripada masakan tradisional kampung dan kawah, kambing panggang, masakan Cina, nasi ayam Hainanese, makanan ala Mumbai serta pelbagai kuih-muih Melayu Ramadan yang pastinya akan memuaskan selera," katanya.

Bufet Ramadan bertemakan Aroma Dapur

ANTARA  hidangan yang disajikan untuk Bufet Makan Malam Ramadan bertema Aroma Dapur di A’Famosa Resort, Simpang Ampat, Melaka. - UTUSAN ONLINE

Malam tadi, A'Famosa Resort bekerjasama dengan Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Kelab Media Prima, McDonald’s dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menganjurkan satu majlis berbuka puasa di A'Famosa Resort di sini.

Seramai 100 orang dalam kalangan warga emas, ibu tunggal, anak yatim, pelajar tahfiz serta orang kurang upaya (OKU) diraikan dalam majlis tersebut di sini.

Sementara itu, jurucakap berkenaan memberitahu, Bufet Makan malam Ramadan berharga RM75 untuk dewasa dan RM50 untuk warga emas serta kanak-kanak.

Bufet Ramadan bertemakan Aroma Dapur

ANTARA  hidangan yang disajikan untuk Bufet Makan Malam Ramadan bertema Aroma Dapur di A’Famosa Resort, Simpang Ampat, Melaka. - UTUSAN ONLINE

"Selain itu, A'Famosa Resort juga memperkenalkan Pakej Ramadan Fun Stay dari 17 Mei hingga 14 Jun, penginapan dua hari satu malam termasuk sarapan dan tiket masuk ke Karnival Old West untuk dua orang dari RM174 serta villa kolam renang empat bilik tidur untuk lapan orang bermula dari RM546," katanya.

Orang ramai yang berminat dengan bufet Ramadan boleh menghubungi A'Famosa Resort di talian 06-5520888 sambungan 88865/88874 atau layari www.afamosa.com/ramadanbuffet, manakala tiket untuk setiap taman tema bermula pada RM20 dan boleh hubungi talian 03-27818888 untuk maklumat lanjut atau layari www.afamosa.com atau laman Facebook rasmi www.facebook.com/afamosa.my. - UTUSAN ONLINE